Sejarah Coconuts Musume

Ahli original Coconuts Musume dipilih seramai lima orang iaitu Ayaka Kimura, Chelsea Ching, April Barbaran, Danielle Delaunay, dan Mika Todd.

Selepas menjual 2 single, Chelsea dan April meninggalkan kumpulan itu dan ahli baru, Lehua Sandbo, Dimasukkan pada Januari 2000. Selepas menjual 2 single, Danielle meninggalkan kumpulan itu pada April 2001.

Ujibakat untuk ahli baru dari negara Hawaii bermula Januari 2002. Ujibakat ini dibatalkan kerana Lehua meninggalkan kumpulan ini pada Februari 2002.

Pada tahun 2004, Mika meniggalkan Jepun dan Hello! Project untuk menyambung pelajaran di Amerika. Selepas pemergian Mika, Coconuts Musume hanya tinggal seorang sahaja ahli, Ayaka.